Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat untuk kahwinkan anak mereka ini serentak.
Ceritakan macam mana honeymoon korang!
Tak payah tulis panjang-panjang, pakai tagline iklan aja dah cukup. 'Ringkas,...padat dan cepat’, kata Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.
Seminggu lepas tu mereka terima surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’. Tercari-carilah kedua suami isteri ni iklan bank itu dan bila jumpa tersenyum le kedua-duanya membaca iklan yang bertulis ‘Besar, teguh, peramah’. Bahagialah Si Siti rupanya...
Esoknya terima pula surat dari Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Apabila melihat iklan tersebut, tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir’. Bahagialah Si Seri rupanya…
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat dari Murni bertulis 'KFC'. Mereka mencari iklan restoren tu dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari'. Bahagialah Si Murni rupanya….
Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu… tak ada jugak... masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA'. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sebab tak sabar nak tau apa yg jadi pada anak bongsunya. Bila dibaca, Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau nak senyum atau menangis. Apa tagline iklan itu…??
'7 KALI SEMINGGU... 3 JAM SEKALI... TANPA HENTI...'
*Kami x de apa-apa kaitan dengan syarikat-syarikat diatas dan tulisan ini hanya untuk hiburan je* Dipetik dari Sy Sham.
2025年【七年之痒】
-
*【前言】*
从2010年开始投资马股,今年开始进入第17个年份,时间过得真快。
2025年,马股再让我多添亏钱的一年。
2011,2018,2025,从数字上做推理,用“七年之痒”来填写今年的标题最适合不过。
以亏损%来衡量,都是逐步有改善,%是越亏越少;但,如果以数目来衡量,反而是越亏越大。这可是一个幸福...
7 hours ago