Tiada jawapan terus dalam hal ini. Paparan ini tercetus dari artikel INI dimana blogger ni dah buat analisa beliau dalam pasaran unit trust. Dia ada kaedah tersendiri dalam memilih tabungan dengan melakukan analisa berdasarkan prestasi.
Lalu saya ambil kaedah yang sama dan melihat dari sudut pasaran saham pula kerana pada saya "lapuran penganalisa ini bersepah" dan siapa-siapa pun boleh dapatkannya. Dari lapuran ini, yang ketara adalah cadangan ataupun syor untuk beli atau jual.
Jadi untuk tujuan mencari jawapan ini, saya gunakan lapuran dari sebuah institusi yang besar dirantau asia ini (lapuran ini lebih 300 mukasurat, bak kata orang - koprehensif). Mereka-mereka yang
menulis lapuran ini adalah kebanyakannya adalah lulusan professional dalam bidang analisa ini.
Jawapan yang saya cari ialah: Adakah lapuran penganalisa ini untuk saya?
Ringkasan penilaian |
Data dalam rigkasan diatas adalah berikut:
1. ID - nombor pengenalan data
2. Pr@8Dec14 -Harga pada tarikh berkenaan
3. Tgt - Target Harga
4. %UpDn - Peratusan kenaian atau penurunan
5. Recom - Cadangan/Syor penganalisa
6. Prdict - Tukar Reduce=0, Hold=1, Add=2*
7. Pr@Dec - Harga pada akhir Dec14
8. Pr@Sep15 - Harga pada akhir Sep15
9. PrCheck - Ruang untuk memeriksa harga adalah munasabah^^
10.PrSepVsTgt - Harga Sep15 tolak Harga Target
11.VsTgt - Lose=kalah, Better=Menang**
12.Actual - Tukar Lose=10, Better=11*
* Dua kolum ini adalah representasi untuk plot graf sahaja.
^^ Didapati ada satu data mengalami split/pecahan nilai
** Lose=Harga Sept dibawah Target, Menang=Harga Sept melebihi Target Harga
Seksyen berwarna sebelah kiri adalah cabutan dari lapuran penganalisa dan seksyen sebelah kanan adalah analisa saya untuk menentukan jawapan yang saya cari.
Di akhir lapuran penganalisa ada definasi berikut:-
Stock Ratings Definition:
Add: The stock’s total return is expected to exceed 10% over the next 12 months.
Hold: The stock’s total return is expected to be between 0% and positive 10% over the next 12 months.
Reduce: The stock’s total return is expected to fall below 0% or more over the next 12 months.
Ya jangkamasa 12 bulan tu ada ~ dua bulan lagi, jadi analisa ni terkurang 2 bulan lah.
Tak mengapa kerana saya bukan memerlukan jawapan tepat seperti saintis loji nuklear - saya hanya ingin buat validasi adakah lapuran penganalisa saham untuk kita?
Klik imej untuk besarkan |
Jadi saya akan lebih berhati-hatilah selepas ini apabila anda membaca Lapuran Penganalisa Saham kerana saya dah yakin rata-rata lapuran ini bukan untuk saya. Untuk siapa? Masih tiada jawapan.
Mungkin selepas ini saya tulis pula bila lapuran mereka boleh diambil kira.....